Markas Siber Amerika Syarikat

Markas Pemerintahan Siber Amerika Syarikat
Lambang Markas Siber AS
Ditubuhkan pada23 Jun 2009 (2009-06-23)
Negara Amerika Syarikat
JenisMarkas Medan Fungsional dan pasukan siber
PerananPeperangan Siber
Sebahagian daripadaJabatan Pertahanan
PangkalanFort George G. Meade, Maryland, A.S.
Nama samaran"USCYBERCOM" dan "CYBERCOM"
Komander
Komander
terkini
Jeneral Paul Nakasone, USA

Markas Pemerintahan Siber Amerika Syarikat (USCYBERCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan AS (DoD). Ia menyatukan arah operasi ruang siber, menguatkan keupayaan ruang siber DoD, dan mengintegrasi serta meningkatkan kepakaran siber DoD.

USCYBERCOM telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2009 di ibupejabat Agensi Keselamatan Negara (NSA) di Fort George G. Meade, Maryland. Ia bekerjasama dengan rangkaian NSA dan telah secara serentak diketuai oleh Pengarah Agensi Keselamatan Negara sejak penubuhannya.[1] Walaupun asalnya ditubuhkan dengan misi defensif dalam pemikiran, ia telah semakin dilihat sebagai satu kuasa ofensif.[1] Pada 18 Ogos 2017, diumumkan bahawa USCYBERCOM akan dinaikkan ke status penuh markas medan bersepadu dan bebas.[2] Penaikan ini bermula pada 4 Mei 2018.

  1. ^ a b Nakashima, Ellen (13 September 2016). "Obama to be urged to split cyberwar command from NSA". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016.
  2. ^ Office of the Press Secretary. "Statement by President Donald J. Trump on the Elevation of Cyber Command". whitehouse.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-26. Dicapai pada 2019-10-12.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search